Wednesday, 25 April 2012

Anekdot Sang Guru 3

Anekdot Sang Guru 3
1992
Aku bertugas di SMK Lake, Bau,  sebuah sekolah yang telah  lama wujud di daerah Bau. Sekolah ini cantik, dikelilingi oleh gunung-ganang, udaranya bersih dan nyaman.
Pengetua SMK Lake ketika itu ialah mendiang En. Micheal Chang. Seorang yang tegas tetapi baik hati dan budinya. 
Pada suatu hari aku perlu berjumpa Tuan Pengetua kerana ingin membincangkan perkara berkenaan penerbitan majalah sekolah.  Ketika aku berjalan ke bilik Pengetua, aku terserempak dengannya, maka aku berkata :
‘Tuan, saya nak jumpa Tuan .. nak bincang tentang majalah sekolah’…
‘OK .. apabila pun boleh ..’ jawab Tuan Pengetua. 
‘Apabila…?’  jawapan beliau membuat aku tersenyum. Aku rasa perkataan ‘ apabila pun boleh’ itu mungkin bermaksud ‘bila-bila pun boleh  (bila-bila masa)’.

Thursday, 19 April 2012

Warriors Of The NET


Klip video ini menunjukkan secara grafik tentang Internet. Beri perhatian kepada fungsi komponen-komponen Internet.

Wednesday, 18 April 2012

Dulu dan Sekarang .. apa bezanya ?

Dulu dan Sekarang .. apa bezanya ?
Kata Noor Azam :
… Membuka buku-buku pelajaran anak-anak, ternyata mereka kurang mendapat perhatian yang cukup, dari ibu bapa mahupun dari guru-guru di sekolah. Mungkin, jumlah anak-anak yang terlalu banyak dalam tiap kelas, alat-alat pelajaran yang tidak lengkap, murid-murid yang kurang sihat, suasana yang kurang mengghairahkan, membuat guru-guru tidak dapat  memberi perhatian yang cukup kepada murid-muridnya. Saya teringat, seorang teman, guru sekolah rendah, tahun lalu mengatakan dengan sungguh-sungguh : Mutu pelajaran sekolah-sekolah rendah Melayu sekarang merosot. Mengapa? Jawabnya : Perhatian yang berat ditumpukan kepada soal-soal yang lain dari pelajaran. Guru Besar sibuk dengan pentadbiran dan bermacam-macam laporan. Kursus-kursus untuk guru banyak, tetapi kesan praktik belum terlihat. Perubahan sistem, pertukaran buku teks, kehanagatan soal gaji dan perkhidmatan guru, semuanya ikut mengurangkan perhatian semua pihak kepada pelajaran.
Kalau begitu , ini suatu trend yang merbahaya. Jawabnya : Ya , tetapi begitulah keadaan sekarang …
Ini petikan tulisan Noor Azam , Perspektif , Dewan Masyarakat  bulan Mac 1972 ..  buat renungan kita bersama. Ya .. renungan kita sejak tahun 1972.  Itulah  agaknya yang  mampu kita buat .. renung-renungan dan mungkin sedikit cubit-cubitan.
1972  - 2012 ..(dari zaman ‘bell bottom’ hingga muncul semula ‘bell bottom’)  macam sama saja masalah guru.

Tuesday, 17 April 2012

Anekdot Sang Guru 2

Anekdot Sang Guru 2
1986
Seorang sahabat yang hampir pencen dilantik sebagai waden asrama… sahabat yang baik dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.  Tugas waden amat berat .. mengawasi , menjaga kebajikan , menjadi ‘ibubapa dan penjaga’ pelajar asrama. Pelbagai kerenah pelajar terpaksa dihadapi dengan tabah dan sabar.
Pada suatu malam sahabat ini meronda  untuk memastikan semua pelajar telah pergi ke kelas untuk belajar.  Sudah menjadi perkara biasa terdapat beberapa pelajar yang lebih suka berada di asrama.  Apabila sahabat ini tiba di asrama  maka bertempiaranlah pelajar-pelajar ini melarikan diri. Sahabatku pun menjerit :
‘Jangan lari …!! Saya kenal kamu !!’, katanya.
Agak terkejut sahabat ini apabila terdapat seorang pelajar ( dalam kegelapan malam itu)  membalas :
‘Siapa kamiii  !!?’ ..
Pelajar ini mungkin rasa ‘confident’ sahabatku ini tidak akan dapat mengejar mereka kerana usianya .. sudah hampir pencen.
Esoknya beliau menceritakan kisah ini dalam bilik guru .. menjadi bahan lucu dan menceriakan hari kami.

Monday, 16 April 2012

Anekdot Sang Guru 1

Anekdot Sang Guru 1
1982 …
Pertama kali masuk kelas .. kelas Darjah 1 , murid seramai 13 orang, semuanya Bidayuh Sadong.  Ketika itu aku hanya tahu sepatah sahaja bahasa Bidayuh .. ‘dayung’ bermaksud perempuan / gadis.  Terdapat beberapa orang ibu menemani anak mereka berada dalam kelas. 
‘Selamat pagi kelas !’, aku menyapa pelajarku.
‘Selamat pagi kelas !’, jawab mereka beramai-ramai.
Wah .. ini sudah kacau .. kata hatiku.
‘Sila duduk kelas’, kataku lagi.
‘Sila duduk kelas’, jawab mereka.
Aduh .. duh.. duh .. muridku sudah menjadi burung kakaktua.  Selepas itu ..ibu yang berada di dalam kelas aku lantik dan beri peranan sebagai penterjemah.

Friday, 13 April 2012

Aku dan Rumah Guru








Kelihatan di belakangku kuarter yang dibina di
atas kolam. Mudah untukku memancing ikan.













Rumah guru yang dibina di zaman British, di kenali sebagai kuarters council.


30 puluh tahun yang lepas .. bagiku yang penting asal ada tempat berteduh.

Tuesday, 10 April 2012

Rumah guru

The Star - Tuesday April 10, 2012
New homes for SK Nangoh teachers
BELURAN: Parents and teachers in Kampung Nangoh near here joined forces to build a teachers’ quarters at SK Nangoh to overcome a shortage of houses.
The school’s senior assistant Mahmud Ahmad said the initiative was taken to save costs in constructing the teachers’ quarters from the allocation provided by the Beluran district education office.
“The allocation given was just enough to buy the building materials. Through the parent-teacher association, we agreed to build the quarters via gotong-royong,” he added.
Construction began on Sunday and the quarters are expected to be completed within two weeks.
Mahmud said there were only two teachers’ quarters at the school which could not meet the needs of the 20 teachers. — Bernama

Berita yang disiarkan oleh The Star ini menarik perhatian dan membawa kenanganku ke SK Engkeroh 30 tahun yang lalu. 30 tahun .. dan berita tentang rumah guru masih muncul di dada akhbar.
1982 aku datang ke Engkeroh , rumah guru tak cukup maka aku menumpang di setor gereja. Setelah beberapa bulan pindah pula ke setor buku teks, kemudian apabila rumah untuk guru besar siap dibina, aku pindah ke kuarters ‘council’ - rumah guru satu bilik tidur yang dibina di zaman British.
Tahun 1984 … datang seorang guru wanita bertugas di Engkeroh, maka aku terpaksa pindah semula ke setor,  sementara menunggu penduduk kampung bergotong-royong membina sebuah kuarter baru. Rumah baru ini cukup menarik .. bahagian dapurnya di atas kolam (macam rumah kampung air di Semporna). Alhamdullillah .. mudah bagi aku memancing ikan. Pancing ikan dari tingkap dapur , bila dapat ikan boleh terus masuk periok.
Setelah sekian lama,  timbul beberapa perkara dalam fikiranku :
.. mengapakah masih terdapat rumah guru yang lebih teruk daripada rumah PPRT?  Mungkinkah KPM patut memohon rumah PPRT  ..
.. mengapakah masyarakat tidak lagi menghormati guru ? Mungkinkah kerana KPM sendiri meletakkan mertabat guru sebegitu rupa ..

Catatan :
Kepada guru-guru di SK Nangoh, selamat mendiami kuarters ‘baru’.
Kepada bakal guru .. jangan terkejut kalau 30 tahun akan datang anda juga bakal mendiami kuarters gotong-royong. 
Walau apapun .. semangat untuk mendidik tetap kuat .. nothing else matters (memetik senikata lagu kumpulan Metalica).