Anekdot Sang Guru 2
1986
Seorang sahabat yang hampir pencen dilantik sebagai waden asrama… sahabat yang baik dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Tugas waden amat berat .. mengawasi , menjaga kebajikan , menjadi ‘ibubapa dan penjaga’ pelajar asrama. Pelbagai kerenah pelajar terpaksa dihadapi dengan tabah dan sabar.
Pada suatu malam sahabat ini meronda untuk memastikan semua pelajar telah pergi ke kelas untuk belajar. Sudah menjadi perkara biasa terdapat beberapa pelajar yang lebih suka berada di asrama. Apabila sahabat ini tiba di asrama maka bertempiaranlah pelajar-pelajar ini melarikan diri. Sahabatku pun menjerit :
‘Jangan lari …!! Saya kenal kamu !!’, katanya.
Agak terkejut sahabat ini apabila terdapat seorang pelajar ( dalam kegelapan malam itu) membalas :
‘Siapa kamiii !!?’ ..
Pelajar ini mungkin rasa ‘confident’ sahabatku ini tidak akan dapat mengejar mereka kerana usianya .. sudah hampir pencen.
Esoknya beliau menceritakan kisah ini dalam bilik guru .. menjadi bahan lucu dan menceriakan hari kami.
No comments:
Post a Comment