Dulu dan Sekarang .. apa bezanya ?
Kata Noor Azam :
… Membuka buku-buku pelajaran anak-anak, ternyata mereka kurang mendapat perhatian yang cukup, dari ibu bapa mahupun dari guru-guru di sekolah. Mungkin, jumlah anak-anak yang terlalu banyak dalam tiap kelas, alat-alat pelajaran yang tidak lengkap, murid-murid yang kurang sihat, suasana yang kurang mengghairahkan, membuat guru-guru tidak dapat memberi perhatian yang cukup kepada murid-muridnya. Saya teringat, seorang teman, guru sekolah rendah, tahun lalu mengatakan dengan sungguh-sungguh : Mutu pelajaran sekolah-sekolah rendah Melayu sekarang merosot. Mengapa? Jawabnya : Perhatian yang berat ditumpukan kepada soal-soal yang lain dari pelajaran. Guru Besar sibuk dengan pentadbiran dan bermacam-macam laporan. Kursus-kursus untuk guru banyak, tetapi kesan praktik belum terlihat. Perubahan sistem, pertukaran buku teks, kehanagatan soal gaji dan perkhidmatan guru, semuanya ikut mengurangkan perhatian semua pihak kepada pelajaran.
Kalau begitu , ini suatu trend yang merbahaya. Jawabnya : Ya , tetapi begitulah keadaan sekarang …
Ini petikan tulisan Noor Azam , Perspektif , Dewan Masyarakat bulan Mac 1972 .. buat renungan kita bersama. Ya .. renungan kita sejak tahun 1972. Itulah agaknya yang mampu kita buat .. renung-renungan dan mungkin sedikit cubit-cubitan.
1972 - 2012 ..(dari zaman ‘bell bottom’ hingga muncul semula ‘bell bottom’) macam sama saja masalah guru.
No comments:
Post a Comment