Teknik Penggambaran
Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak
bergoyang semasa anda memetik punat
pelepas shuttle, terutama apabila
melibatkan penggunaan lensa zoom atau kelajuan shuttle yang perlahan.
Jangan menghalang bidikan-bagi mengelakkan gambar
kelihatan sebahagian gelap atau
terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa, tingkap flash atau
tingkap sensor. Apabila cahaya suram, gunakan flash.
1. Jenis-jenis Shot :
ü
CU
(Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.
ü
MCU
(Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.
ü
BCU
(Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga
tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.
ü
ECU
(Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti.
Misalnya mata, hidung, atau telinga.
ü
MS
(Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.
ü
TS
(Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.
ü
ES
(Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu
tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu
berlaku.
ü
LS
(Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen
dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.
ü
WS
(Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan meninggalkan
sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek.
ü
Two
Shot : Shot yang merakamkan wajah dua orang.
2. Sudut Pengambilan Kamera
ü
High
Angle (Bird eye view): Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.
ü
Normal
Angle: Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.
ü
Low
Angle (Frog eye view): Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.
Komposisi
Komposisi
adalah cara mengatur/ menyusun bahagian-bahagian dari gambar (misalnya
garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain) agar
gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa digunakan
untuk meningkatkan keberkesanan gambar. “Perlihatkan apa yang anda ingin
perlihatkan”, merupakan salah satu
prinsip yang baik.
Komposisi
merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya fotografi.
Menurut Charpentier (1993), komposisi adalah cara bagaimana gambar membahagikan
sebuah bidang gambar. Penentuan komposisi dilakukan pada saat merakamkan gambar
subjek.
Gambar
yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Hal ini disebabkan kesesuaian
komposisi iaitu:-
ü
Latar
belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam gambar itu timbul.
ü
Apabila
mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar hendaklah berada kanan gambar dan begitulah
sebaliknya.
ü
Dengan
kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan – baik dari kiri
ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.
Kamera
mestilah sentiasa berada dekat dengan mata apabila hendak mengambil gambar.
Tangan kiri hendaklah sentiasa digerakkan bagi memfokus jarak jelas. Tekan
pelepas shutter perlahan-lahan
sehingga bukaan dan katupan sempurna.
Untuk
mencapai tahap kesempurnaan penggambaran, kita harus sentiasa memerhati,
melihat, mencari dan memilih sudut sesuai sebelum memetik kamera. Gambar yang
terhasil itu nanti menceritakan kepintaran pemetiknya. Dalam keadaan ini amatlah
digalakkan penggambaran menggunakan bantuan tripod
stand.