Samarahan dan Sadong di akui sebagai salah sebuah daripada 5 negeri Melayu
yang wujud sebelum zaman Kesultanan Brunei.
Sarawak Sebelum
Brunei dan Brooke: 5
Negeri Melayu Yang Hilang
Prof. Madya Datu Hj. Sanib bin Hj. Said
Felo Kanan Kursi Nusantara, Institut
Pengajian Asia Timur
Universiti Malaysia
Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak
©Sanib bin Said 2011
Negeri Samarahan dan Sadong
Adanya
penemuan tembikar China abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai
Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan politi di pantai dengan yang wujud
di pendalaman. Tempat yang pertama ialah Gedong.
Di sini terjumpa 79,754 pecahan tembikar dan ratus benda lain seperti
manik, duit siling dan emas. Lucas Chin
mencadangkan bahawa Gedong ini merupakan tempat perkuburan tetapi tanpa menemui
sebarang tulang manusia. Terdapatnya pecahan tembikar dan benda-benda lain
dengan begitu banyak besar kemungkinan Gedong ini merupakan politi yang agak
besar.
Kajian yang dilakukan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa jika Gedong
merupakan sebuah politi maka ia wujud dari abad ke-7 hingga ke-13, iaitu sezaman dengan Santubong.
Limabelas batu ke pendalaman Gedong terdapat sebuah lagi politi di
Bukit Sandong. Di sini terdapat 30,000 serpihan
tembikar yang mempunyai asal dan ketuaan seperti yang terdapat di Santubong dan
Gedong.
Selain daripada itu yang membezakannya dengan tempat-tempat tadi ialah
adanya 143 serpihan tembikar Sawankhalok. Mengikut Lucas Chin serpihan Sawankhalok dan ”blue and
white sherds” ini ditarikhkan pada abad ke-16 dan ke-17.
Walaupun sukar untuk menyatakan
adanya perpindahan dari politi-politi yang awal ke Bukit Sandong tetapi ia
jelas menunjukkan kesinambungan politi Sarawak. Dan walaupun politi
Gedong dan Bukit Sandong ini tidak tercatat dalam tulisan-tulisan China dan
Jawa, namun kewujudannya juga tidak dapat dinafikan.
Lucas Chin menyimpulkan:
“What
is also considered significant is that with such large quantities of ceramic
wares excavated at such inland sites at Gedong and Bukit Sandong, it indicates
that trade was not necessarily confined to the coast as previously
believed. Trading boats could have sailed as far inland as possible
for trade.”
wow.....
ReplyDeleteSantubong itu merupakan kerajaan Dayak Iban purba.Nama Santubong berasal dari bahasa Iban asli yang bermaksud keranda dalam bhaasa melayu.Kaum Dayak Iban orang asli Borneo sendiri yang memberikan nama Gunung Santubong.Masih terdapat banya bukti arkeologi tentang kewujudan penempatan Iban fi Santubong sebelum kedatangan melayu dari Jawa dan Sambas ke Santubong pada penghujung kurun me 15 yang berasal dari Datuk Merapati Jepang, Penemuan Ceramik china di beberapa tempat membuktikan bahawa Santubong pernah menjadi pusat perdagangan antara orang asal Dayak dan Pedagang Luar seperti China dan India dan pedagang arab.Tak mustahil di seluruh Sarawak banya penemuan ceramik china kerana ceramik merupakan salah satu budaya pemting kaum Iban bukan sahaja sebagai harta malahan digunakan dalam setiap ritual agama malahna jiga digunakan sebagai menguburkan mayat dalam tempayan atau tajau lama
ReplyDelete