Pengurusan Bilik Darjah 3
Modifikasi Tingkah Laku
Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 modifikasi ertinya proses (perbuatan atau tindakan) mengubah
sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan. Guru
mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku
positif.
Pengurusan
bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah
laku positif.
Cth: jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan
mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara
aktif mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Model Disiplin Asertif Canter
Model ini
menekankan hubungan yang positif antara guru dan pelajar. Di mana guru
menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini
penting kerana setiap tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif
atau negatif. Dengan kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di
dalam bilik darjah.
Matlamat
utama model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam
bilik darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta
berkesan untuk pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan
secara asertif (berkeyakinan dan tegas)
oleh itu guru perlu bertindak menjadi guru asertif.
Terdapat
beberapa prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter:
• Guru perlu
memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar.
• Guru harus merangka sistem dendaan dan
ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan
buruk.
Pandangan
Canter adalah untuk mengawal dan mengajar dengan berkesan, seseorang guru
perlulah bersifat tegas. Mengikut disiplin Canter guru ada kuasa untuk
menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan mengorganisasikan satu
perjumpaan dengan pelajar untuk jelaskan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika
terdapat peraturan bilik darjah yang dilanggar, guru perlu mengambil tindakan bilik
darjah dengan serta merta.
Model Akibat Logikal oleh
Rudolf Dreikurs
Model ini
menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada
murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru
perlu mengenalpasti punca salah laku murid, disamping itu murid perlu dibimbing
untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.
Murid juga perlu dilatih untuk
mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Secara
keseluruhannya, murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam
pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan.
Tingkah laku
bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan
Cara
komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku :
• berkomunikasi perkara yang positif
• galak peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi
Terapi Realiti Glasser
Model Terapi
Realiti ini diasaskan oleh William Glasser (ahli psikologi) pada tahun 1950-an.
Beliau telah banyak menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu
pendidikan dan disiplin. Buku pertama beliau bertajuk ‘Reality Theraphy: A New
Approach to Psychiatry” yang memperkatakan tentang terapi realiti.
Asas utama
kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu
berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu pula
berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser, masalah tingkah
laku yang berlaku di dalam bilik darjah adalah akibat dari rasa bosan atau
tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan
persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di
sekolah. Antara keperluan asas murid ialah :
·
kasih
sayang
·
mempunyai
kuasa dan kawalan
·
kebebasan
·
keseronokan
Model terapi
realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu meneroka
kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat
perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Melalui
terapi realiti, guru dapat:
·
membantu
murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan.
·
pastikan
akibat realiti atau dipilih oleh murid.
·
kemukakan
pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku.
·
bertindak
sebagai pembimbing murid.
Terapi
realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan
mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Kurikulum
yang berkualiti :
·
akan
meningkatkan mutu pendidikan
·
kurikulum
ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang
memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang
kepada murid untuk memahami dan meneroka apa yang diajar.
Kualiti
pengajaran :
·
persekitaran
bilik darjah yang tenang dan kondusif
·
guru
perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
·
tugasan-tugasan
pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
·
berikan
galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
·
beri
peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya
Guru yang
membimbing akan:
·
memahami
murid
·
menyediakan
aktiviti p&p yang menyeronokkan
·
berbincang
dengan murid
·
menggalakkan
murid meneroka p&p
·
menyediakan
bahan bantu belajar yang berkesan
·
menunjukkan
kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
Membina
bilik darjah yang berkualiti :
·
tabiat
- elakkan mengamal tabiat buruk, ganti
dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
·
mesej-
sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
·
bina
hubungan dengan guru murid
·
peraturan
kelas
·
elakkan
daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam
murid apabila timbul masalah
·
pengetahuan
·
kompentensi
·
kualiti
·
penilaian
·
kefahaman
dan penggunaan
Model Pengurusan Kelompok
Kounin (1970)
Model
pengurusan kelompok kounin bergantung
kepada pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktivit-aktiviti
dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik dan strategi yang proaktif bagi
menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang baik.
Diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan ganguan dalam
kelas dan membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru
lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah.
Model ini
memberi fokus kepada pencegahan disiplin dengan menggunakan strategi dan teknik
untuk mengelakan kesalahan tingkah laku pelajar. Ia direka untuk mencegah
masalah di peringkat permulaan. Kounin menyatakan pengurusan kelas yang baik bergantung pada pengurusan kelas
yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah ‘ripple effect’. Ripple effect ialah teguran dan tindakan guru
terhadap pelajar yang melakukan kesalahan akan mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang
efektif adalah guru yang menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik
darjah.
Teori Kounin :
Kesedaran dan kepekaan
(Withitness)
·
Kesedaran
dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah.
·
guru
bertanggunjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas.
·
guru
mesti mengetahui perkara asas berkenaan murid.
( contoh: nama, hobi,
kekuatan dan kelemahan)
·
Guru
perlu menggunakan teknik non-verbal (bahasa badan).
Pertindanan
(Overlapping)
·
Menangani
lebih daripada satu situasi dengan serentak
(pertindihan).
·
Guru
boleh mengawal kelas dalam 2 situasi berbeza dalam satu masa.
Contoh: Mariam, teruskan dengan
pembacaan awak, Azizah sila beri perhatian dan
jangan bercakap.
Kelicinan (Smoothness)
·
Guru
memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau member pendapat
berkenaan dengan pengajaran.
·
Guru
dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan.
·
Guru
sebagai fasilitator semasa kerja berkumpulan dan memberi cadangan kepada
pelajar jika diperlukan.
Momentum
·
Guru
memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di akhir
pengajaran dengan berkesan.
·
Mengambil
kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan pelajar.
·
Menerangkan
konsep terlebih dahulu supaya pelajar faham.
Kepekaan Kelompok/Kumpulan
·
Perhatian
kumpulan (Group alerting)
·
Pelajar
lain memberi perhatian semasa rakan memberi penerangan.
·
Menggalakkan
akauntabiliti (Encouraging accountability)
·
Memberitahu
pelajar bahawa mereka diperhatikan dan akan dinilai
·
Format
penyertaan tinggi (High participation format)
·
Mentakrifkan
tingkah laku pelajar apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung.
Masalah dan Halangan Pengurusan
Bilik Darjah
Bilik darjah
merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana
sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Kemahiran guru dalam memanipulasi
saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan
menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu
elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran.
Namun
terdapat beberapa masalah dan halangan yang sering mengganggu dalam pengurusan
bilik darjah. Masalah dan halangan ini dapat dibahagikan kepada beberapa
kategori iaitu masalah disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi.
Disamping itu terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan
disiplin bilik darjah iaitu hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan
persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak
dijangka.
Berikut
pecahan atau huraian tentang masalah disiplin yang bersifat disruptif seperti
tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan dan tidur didalam
kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas, tidak
membawa buku latihan/teks, menunjukkan sikap biadap terhadap guru, membuli,
melepak, berlari, menjerit di koridor. Termasuk juga dalam kategori kesalahan
disiplin ialah masalah masalah kekemasan diri contohnya tidak memakai lencana,
tanda nama, stoking, kuku panjang, warna rambut dan pelajar lelaki berambut
panjang.
Selain dari
disiplin, soal tingkah laku di dalam bilik darjah juga merupakan masalah dan
halangan dalam pengurusan bilik darjah. Menurut Shrigley (Levin & Nolan,
2004) apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak
selamat dari segi psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku
distruptif. Justeru perbuatan seperti kurang memberikan perhatian, hiperaktif,
pendiam, sensitif, apati (tidak kisah kepada arahan guru), sikap melengahkan
dan sambil lewa, gemar bercakap, menganggu rakan, membuli, berbohong, menipu,
menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah, kurang sopan, mencuri, merosakkan
harta benda dan mudah marah dan agrasif. Manakala tingkah laku distruktif pula
ialah permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik atau geng.
Masalah
gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga berlaku
mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar
mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang
berminat terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai
pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar
pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut.
Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai
masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk
mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah
bahasa juga menyumbang masalah komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu
mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar
tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan
sepenuhnya.
Pembelajaran
dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat
masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.
Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balas.
Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media,
interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia
hanya berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut
untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik
perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan – bahan
pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut
sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana
bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses
interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Masalah lain
yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang
selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan
nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak
ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar
menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan
kepada pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu,
bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada
masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan
baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat
berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan
tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu
melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang
tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan
aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.
Kesimpulan
Pengurusan
bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti
pengajaran akan berlaku dengan lancar
sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada
gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik
darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran,
kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum.