Amalan Pengurusan Bilik Darjah
Merancang
Seseorang
guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu
aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan
pengajaran, guru akan menentukan tajuk
pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat
bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan
pembelajaran.
Selain
perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik
darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam
keadaan yang tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan
masalah disiplin seperti menggalakkan aktiviti yang bermakna serta
menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru boleh menimbulkan unsur suspens dan
mengagumkan.
Sebagai
kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu
pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada
perancangan teliti yang dibuat oleh seseorang guru.
Mengurus
Guru juga perlu bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.Ini penting bagi mewujudkan
keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa untuk
pembelajaran. Sebagai pengurus, guru
akan memastikan segala kegiatan harian seperti menanda kedatangan dan mengedar
serta mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur.
Sebagai
pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai
bagi murid-muridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid
yang lain hendaklah dielakkan. Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut
kumpulan akan memudahkan interaksi antara guru dengan murid serta antara murid
dengan murid.
Selaku
pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa
memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk
menggerakkan muridnya supaya mereka
terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya
berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh
itu, sebagai pengurus, guru perlu berusaha untuk menimbulkan disiplin kendiri di
kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu
pengajaran-pembelajaran.
Mengelola
Selain
mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang pentingnya. Sebagai
pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:
- Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.
- Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.
- Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.
- Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
- Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.
Sebagai
pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi menjamin
pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.
Mengarah
Dalam
pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan memberi
arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya
dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan
pembelajaran benar-benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.
Field (2004)
menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau,
bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru
kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai
personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah
organisasi kecil yang dipimpinnya.
Mengawal
Kebolehan
atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang
besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran.
Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku
disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha
yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi
sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
Pembelajaran
yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya
mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi
pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif
pembelajaran.
Guru juga
dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal
perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru
harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu
matlamat tercapai.
No comments:
Post a Comment