Tuesday 15 May 2012

HARI GURU

Hari Guru

Hari aku menerima tauliah sebagai guru terlatih.



Aku telah berkhidmat sebagai guru terlatih bermula 04 Januari 1982.  Sejak hari pertama bergelar ‘cikgu’  sehingga ke hari ini perasaanku tetap sama .. aku sangat gembira dan bersyukur bila mendapat tahu pelajarku berjaya dalam hidup mereka tak kira dalam apa bidang pun. Kegembiraanku berganda bila ada murid-muridku yang masih ingat kepadaku.
Azam Hari Guruku ? … aku berdoa semoga aku dapat menjadi 'insan guru', seorang guru seperti yang digarap oleh Allahyarham Usman Awang lewat sajaknya ..
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat                                                                  
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Sunday 13 May 2012

SELAMAT HARI GURU



Whose Child Is This
"Whose child is this?" I asked one day
Seeing a little one out at play
"Mine", said the parent with a tender smile
"Mine to keep a little while
To bathe his hands and comb his hair
To tell him what he is to wear
To prepare him that he may always be good
And each day do the things he should"

"Whose child is this?" I asked again
As the door opened and someone came in
"Mine", said the teacher with the same tender smile
"Mine, to keep just for a little while
To teach him how to be gentle and kind
To train and direct his dear little mind
To help him live by every rule
And get the best he can from school"

"Whose child is this?" I ask once more
Just as the little one entered the door
"Ours" said the parent and the teacher as they smiled
And each took the hand of the little child
"Ours to love and train together
Ours this blessed task forever."
- Author Unknown

TERIMA KASIH CIKGU ...



SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU
HAPPY MOTHER’S DAY

‘ The bravest battle that ever was fought;
Shall  I  tell you where and when?
On the maps of the world you will find it not;
It was fought by the mothers of men.’

Joaquin Miller

Tuesday 1 May 2012

Anekdot Sang Guru 4

Tentang basikal …
Aku mendapat berita seorang bekas pelajarku telah meninggal dunia .. kemalangan.  Arwah adalah muridku semasa aku menjadi guru sementara, ketika menunggu keputusan SPM. Ketika itu arwah berada dalam darjah 3.
Arwah rajin ke sekolah. Pakaian sekolahnya lusuh dan adakalanya ‘oversize’ .. baju pemberian orang, katanya. Dia agak gagap. Bekalan  air kosong dan ‘nasi aruk’. Kadangkala 'bandung' rebus. Tak pernah aku melihat dia membeli apa-apa makanan yang dijual di sekolah. Pencapaian akademiknya sederhana.
Keluarga arwah duduk di hujung kampung, menghuni rumah  yang agak kecil. Ayahnya berkebun, kadang-kala berjaja sayur-sayuran sekeliling kampung. Kenderaannya adalah sebuah basikal tua. Kehidupan mereka agak sukar ketika itu.
Suatu hari, semasa mata pelajaran lukisan aku menyuruh pelajar melukis apa-apa yang mereka suka (‘tajuk bebas’ -  kataku).  Aku lihat arwah terkial-kial melukis dengan pensel pendeknya. Bilaku tanya,
.. Kamil .. awak lukis apa?
.. lukis basikal .. cikgu , jawabnya. Arwah kelihatan sangat teruja. Tanpa diminta dia menjelaskan lagi ..
.. ini basikal yang saya nak beli untuk bapa, ganti basikal lamanya, jelasnya lagi.
Kata-katanya menyusuk perasaanku. Gambaran tentang kehidupannya melintas di mataku, betapa dia dapat ‘merasa’ hakikat sebuah basikal buruk yang menampung kehidupannya.
Masa berlalu begitu cepat. Aku jarang berjumpa arwah. Sekali-sekala berjumpa, arwah masih seorang periang dan masih gagap.  Kehidupannya  sederhana, sudah berkeluarga dan menetap di kampung isterinya.  Ketika berkesempatan bertemu , aku terlupa menanya .. sudah tak dia beli basikal untuk ayahnya?
Allah lebih menyayanginya, memanggilnya kembali dalam usia yang masih muda
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan melindungi keluarganya.