Monday 23 May 2022

 

‘ Datuk ‘ hakiki ….

 


Alhamdulillah ….

Kelahiran Adam Nadhir tiga bulan yang lepas melayakkan aku menjadi ‘ Datuk ‘. Pangkat hakiki yang diterima dengan penuh kesyukuran.

Semoga Allah sentiasa melindungi Adam …. Semoga menjadi anak yang soleh , berjaya di dunia dan akhirat.

Saturday 21 May 2022

 

Berhari raya di rumah Datuk dan Datin ….. Part 2

 

Setelah menunggu sambil ternganga melihat perhiasan rumah Datuk , maka Datuk dan Datin pun muncul ……..

Hahaha … Datuk berkain pelikat berbaju T putih , Datin pula berbaju ‘kelawar’ [ orang Sarawak kata baju kelebar ].

Kalau aku tahu … aku pakai seluar jeans dan baju T cap Led Zappelin saja tadi …

 






Thursday 19 May 2022

 

Berhari raya di rumah Datuk dan Datin ….. Part 1

Kisah silam …. Teruja nak beraya di rumah seorang Datuk. Dulunya sebelum menjadi ahli politik dan kaya-raya, juga sebelum dapat gelaran Datuk, susuk ini adalah  ‘ geng ketat ‘ … sama-sama ke hulu ke hilir , sama-sama pergi ‘ slowfox ‘ , makan minum di tepi jalan ….

Maka kami pun mengenakan pakaian cantik … aku pakai baju batik ala-ala ketua kaum .. hehe .. maklumlah nak ke rumah Datuk. Isteriku pula hampir sejam berhias .. maklumlah nak jumpa Datin. Begitulah terujanya nak jumpa Datuk dan Datin .. kawan lama.

Sampai ke rumah agam Datuk .. setelah memperkenalkan diri pada pengawal keselamatan kami dibenarkan masuk. Dijemput masuk ke rumah oleh seorang pembantu rumah bernada Indonesia siap ber’bapak-bapak’ dan ‘ibuk-ibuk’. Wah … ruang tamu yang luas macam kedai perabut … dari Itali [ kami diberi pencerahan oleh Datin kemudiannya ].  Lalu teringat lagu kegemaran kami dahulu … ‘ singkong dan keju ‘ , dinyanyikan beramai-ramai  diiringi petikan gitar kapok.

Setelah menunggu sambil ternganga melihat perhiasan rumah Datuk , maka Datuk dan Datin pun muncul ……..

Wednesday 30 March 2022


 

Kenangan ......... aktiviti korban Taman Perumahan Desa Permai sebelum dilanda Covid 19. Semoga tahun ini keadaan mengizinkan ...