Wednesday 5 November 2014

Secebis Sejarah Kampung Gedong , Simunjan

Samarahan dan Sadong di akui sebagai salah sebuah daripada 5 negeri Melayu yang wujud sebelum zaman Kesultanan Brunei.


Sarawak Sebelum Brunei dan Brooke:  5 Negeri Melayu Yang Hilang

Prof. Madya Datu Hj. Sanib bin Hj. Said
Felo Kanan Kursi Nusantara, Institut Pengajian Asia Timur
 Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak
©Sanib bin Said 2011


Negeri Samarahan dan Sadong

            Adanya penemuan tembikar China abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan politi di pantai dengan yang wujud di pendalaman.  Tempat yang pertama ialah Gedong.

Di sini terjumpa 79,754 pecahan tembikar dan ratus benda lain seperti manik, duit siling dan emas. Lucas Chin mencadangkan bahawa Gedong ini merupakan tempat perkuburan tetapi tanpa menemui sebarang tulang manusia. Terdapatnya pecahan tembikar dan benda-benda lain dengan begitu banyak besar kemungkinan Gedong ini merupakan politi yang agak besar.  

Kajian yang dilakukan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa jika Gedong merupakan sebuah politi maka ia wujud dari abad ke-7 hingga ke-13, iaitu sezaman dengan Santubong.

 Limabelas batu ke pendalaman Gedong terdapat sebuah lagi politi di Bukit Sandong. Di sini terdapat 30,000 serpihan tembikar yang mempunyai asal dan ketuaan seperti yang terdapat di Santubong dan Gedong.  

Selain daripada itu yang membezakannya dengan tempat-tempat tadi ialah adanya 143 serpihan tembikar Sawankhalok.  Mengikut Lucas Chin serpihan Sawankhalok dan ”blue and white sherds” ini ditarikhkan pada abad ke-16 dan ke-17.  

Walaupun sukar untuk menyatakan adanya perpindahan dari politi-politi yang awal ke Bukit Sandong tetapi ia jelas menunjukkan kesinambungan politi Sarawak.  Dan walaupun politi Gedong dan Bukit Sandong ini tidak tercatat dalam tulisan-tulisan China dan Jawa, namun kewujudannya juga tidak dapat dinafikan.  

Lucas Chin menyimpulkan:


“What is also considered significant is that with such large quantities of ceramic wares excavated at such inland sites at Gedong and Bukit Sandong, it indicates that trade was not necessarily confined to the coast as previously believed.  Trading boats could have sailed as far inland as possible for trade.”

2 comments:

  1. Santubong itu merupakan kerajaan Dayak Iban purba.Nama Santubong berasal dari bahasa Iban asli yang bermaksud keranda dalam bhaasa melayu.Kaum Dayak Iban orang asli Borneo sendiri yang memberikan nama Gunung Santubong.Masih terdapat banya bukti arkeologi tentang kewujudan penempatan Iban fi Santubong sebelum kedatangan melayu dari Jawa dan Sambas ke Santubong pada penghujung kurun me 15 yang berasal dari Datuk Merapati Jepang, Penemuan Ceramik china di beberapa tempat membuktikan bahawa Santubong pernah menjadi pusat perdagangan antara orang asal Dayak dan Pedagang Luar seperti China dan India dan pedagang arab.Tak mustahil di seluruh Sarawak banya penemuan ceramik china kerana ceramik merupakan salah satu budaya pemting kaum Iban bukan sahaja sebagai harta malahan digunakan dalam setiap ritual agama malahna jiga digunakan sebagai menguburkan mayat dalam tempayan atau tajau lama

    ReplyDelete