Monday 9 March 2015

Bayaran Bonus Berdasarkan KPI?

Bayaran Bonus Berdasarkan KPI?

FEB 17, 2015
Rombakan Pembayaran Bonus Penjawat Awam? Bayaran Bonus Berdasarkan KPI? Apa kata 1.5 Juta kakitangan awam? : 
Hari ini salah seorang penganalisis ekonomi negara yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman mendedahkan situasi yang sedang berlaku dalam sektor awam.
Dengan negara mempunyai saiz jumlah perjawatan yang ramai, Prof Dr Abdul Rahim Abdul perhatikan masih ramai lagi penjawat awam di Malaysia tidak menunjukkan komitmen, prestasi yang diharapkan kerana merasakan mereka berada di “zon yang cukup selesa” dibandingkan dengan pekerja swasta di Malaysia untuk bersaing bagi menunjukkan prestasi yang terbaik.
Penjawat awam diberikan akses pelbagai kemudahan dan faedah yang lebih baik, imbuhan, bonus yang besar dibandingkan kebanyakan pekerja swasta di Malaysia.
Cadangan Penambaikan Meknisme Kenaikan Pangkat & Pembayaran Bonus Penjawat Awam?
Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman tampil dengan beberapa cadangan dan saranan dengan harapan ia mampu meningkatkan semula tahap prestasi penjawat awam di Malaysia.
1. Bonus sepatutnya dibayarkan kepada penjawat awam berdasarkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang       dibuktikan mereka sebelum itu.
·        2.  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mesti lebih telus dan fokus kepada kualiti kerja yang boleh diukur.
·       3.  Penjawat awam yang tidak mencapai KPI yang disasarkan hanya layak menerima gaji bulanan seperti          biasa tanpa bonus.
·         4. Setiap pekerja perlu ada KPI untuk menentukan pemberian bonus dan kenaikan pangkat kena ada KPI       yang jelas dengan harapan penjawat awam akan lebih peka.
5. Negara berdepan kerugian kerana perlu lantik ramai kakitangan namun pada hakikatnya bilangan pekerja     yang besar itu bertindih buat benda sama sehingga ramai yang mengambil kesempatan termasuk yang curi     tulang.
6. Jangan bayar bonus satu bulan contohnya kepada semua penjawat awam sepertimana yang berlaku               sekarang. Hanya lakukan pembayaran bonus kepada penjawat awam yang cekap sahaja.
7. Manakala kakitangan kerajaan yang tidak menunjukkan prestasi kerja memberangsangkan tidak akan           diberikan bonus.

Apa kata anda pula? Bersetuju dengan saranan dan cadangan Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman ?

Thursday 5 March 2015

ASAS FOTOGRAFI

Teknik Penggambaran

    Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda            memetik punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom        atau kelajuan shuttle yang perlahan.

      Jangan menghalang bidikan-bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap         atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa, tingkap flash           atau tingkap sensor. Apabila cahaya suram, gunakan flash.

1.         Jenis-jenis Shot :

ü  CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.

ü  MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.

ü  BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.

ü  ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga.

ü  MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.

ü  TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.

ü  ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku.

ü  LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.

ü  WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek.

ü  Two Shot : Shot yang merakamkan wajah dua orang.


 2.          Sudut Pengambilan Kamera

ü  High Angle (Bird eye view): Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.

ü  Normal Angle: Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.

ü  Low Angle (Frog eye view): Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.



Komposisi

Komposisi adalah cara mengatur/ menyusun bahagian-bahagian dari gambar (misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain) agar gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa digunakan untuk meningkatkan keberkesanan gambar. “Perlihatkan apa yang anda ingin perlihatkan”, merupakan salah satu prinsip yang baik.

Komposisi merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya fotografi. Menurut Charpentier (1993), komposisi adalah cara bagaimana gambar membahagikan sebuah bidang gambar. Penentuan komposisi dilakukan pada saat merakamkan gambar subjek.

Gambar yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Hal ini disebabkan kesesuaian komposisi iaitu:-
ü  Latar belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam gambar itu timbul.

ü  Apabila mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar hendaklah            berada kanan gambar dan begitulah sebaliknya.

ü  Dengan kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan – baik dari kiri ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.

Kamera mestilah sentiasa berada dekat dengan mata apabila hendak mengambil gambar. Tangan kiri hendaklah sentiasa digerakkan bagi memfokus jarak jelas. Tekan pelepas shutter perlahan-lahan sehingga bukaan dan katupan sempurna.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan penggambaran, kita harus sentiasa memerhati, melihat, mencari dan memilih sudut sesuai sebelum memetik kamera. Gambar yang terhasil itu nanti menceritakan kepintaran pemetiknya. Dalam keadaan ini amatlah digalakkan penggambaran menggunakan bantuan tripod stand.