Thursday 5 July 2012

Anekdot Sang Guru 5 - SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Hari gaji … bulan puasa ..
Peristiwa ini menjadi kenanganku setiap hadirnya Ramadan ..
Sebelum adanya ATM , hari gaji  adalah pada  Sabtu terakhir setiap bulan. Ia merupakan ‘hari besar’. Pekan Serian akan menjadi ‘bandar guru’ dipenuhi  motosikal ‘scrambler’ ( kenderaan yang popular ketika itu).


Pekan Serian
Pada zaman itu gaji diterima melalui guru besar. Beliau akan mendapat sekeping cek daripada PPD. Cek itu mengandungi jumlah gaji semua  staf di sekolahnya.  SK Engkeroh cuma ada 4 orang staf sahaja jadi jumlah wang yang dipegang oleh guru besar tidaklah begitu banyak. Selepas cek ditunaikan  maka kami akan berkumpul di kedai kopi untuk membahagi wang.
Setiap tibanya bulan puasa aku pasti teringat peristiwa pembahagian gaji di kedai kopi, kalau tak silap dalam tahun 1983. Setelah Guru Besar selesai urusan menunaikan cek di Bank Bumiputra (kini CIMB), Serian , kami berkumpul di kedai kopi bersebelahan bank. Tiba-tiba sekumpulan penguatkuasa Majlis Islam Sarawak menyerbu. Seorang datang ke meja tempat kami berkumpul dan selepas memperkenalkan diri, meminta kami menunjukkan kad pengenalan. Setelah melihat kad pengenalanku, dia terus menyoal samada aku puasa atau tidak. Tentu sekali aku berpuasa. Kalau puasa kenapa duduk di kedai kopi? Aku pun terangkan situasi sebenar, iaitu kami sedang menerima gaji. Namun pegawai tersebut masih lagi kelihatan sangsi. Tiba-tiba Guru Besarku berkata, “Kalau tuan tak percaya lihat jumlah cawan di meja ini. Cawan kopi ada tiga sedangkan kami berempat”.  Walaupun tidak diambil tindakan apa-apa, aku dinasihatkan supaya mencari tempat yang lebih sesuai untuk berurusan di bulan puasa.
Kepada rakan-rakan seperjuangan .. SELAMAT BERPUASA ..

1 comment:

  1. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak .. syukur alhamdulillah kerana diizinkanNya bertemu Ramadhan yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan amalan kita diterimaNya. Amin ...

    ReplyDelete