Sunday 26 January 2014

KUIZ 1

SOALAN OBJEKTIF EDU3104

Quiz

  1. Ciri pengurusan bilik darjah yang berkesan termasuk
    1.   peraturan bilik darjah yang tegas dan ketat.
    2.   rutin bilik darjah bagi tugasan - tugasan tertentu.
    3.   susunan kerusi meja yang tetap sepanjang tahun.
    4.   peruntukan masa yang sama bagi semua murid semasa pengajaran dan pembelajaran.
  2. Komunikasi berkesan merupakan antara ciri guru yang efektif.
    Manakah antara yang berikut merupakan contoh komunikasi berkesan?
    1.   Memuji semua murid setiap hari.
    2.   Mengkritik murid yang bermasalah disiplin.
    3.   Melabel murid mengikut kebolehan masing - masing.
    4.   Menggunakan nama murid semasa menyoal mereka.
  3. Cikgu Ali mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Melor. Bilangan murid di dalam bilik darjahnya ialah seramai 50 orang. Waktu mengajar beliau ialah pada pukul 12.30 tengah hari.
    Apakah tindakan paling sesuai yang bolah dilakukan oleh Cikgu Ali bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif?
    1.   Mengadakan pertandingan kuiz.
    2.   Membawa murid ke Pusat Sumber.
    3.   Mengadakan aktiviti berkumpulan di padang sekolah.
    4.   Menggunakan bahan pengajaran berasaskan teknologi.
  4. Apakah salah satu ciri persekitaran psikososial bilik darjah yang baik?
    1.   Ketiadaan peraturan bilik darjah.
    2.   Murid diberi kebebasan untuk bersuara.
    3.   Wujudnya peraturan bilik darjah yang ditetapkan oleh sekolah.
    4.   Murid diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.
  5. Penyediaan ujian dalam bilik darjah perlu mengambil kira
    1.   hasil pembelajaran.
    2.   soalan - soalan tahun lepas.
    3.   bilangan murid di dalam bilik darjah.
    4.   jenis buku teks dan buku kerja yang digunakan oleh murid.
  6. Penyimpanan data maklumat murid yang baik dan berkesan membolehkan
    1.   setiap orang guru mengatasi masalah disiplin murid.
    2.   seseorang guru memahami keperluan setiap orang muridnya.
    3.   guru kelas menjalin kefahaman yang erat dengan keluarga murid.
    4.   guru mata pelajaran menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat dan kecenderungan murid.
  7. Mengapakah hubungan yang positif antara guru dan murid di dalam bilik darjah penting?
    1.   Masalah disiplin dapat dihapuskan.
    2.   Pencapaian sekolah dapat dilonjakkan.
    3.   Keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan.
    4.   Hubungan antara guru dan ibu bapa dapat dieratkan.
  8. Pembelajaran adalah lebih menyeronokkan dan bermakna apabila terdapat dinamika bilik darjah yang baik sebab
    1.   murid lebih bersatu padu.
    2.   kerja perkeranian guru banyak dikurangkan.
    3.   bilangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditambah.
    4.   pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dikendalikan.
  9. Disiplin bilik darjah merujuk kepada
    1.   kawalan guru dalam bilik darjah.
    2.   kesanggupan murid mematuhi peraturan bilik darjah.
    3.   kepatuhan murid kepada arahan guru dalam bilik darjah.
    4.   dendaan yang dikenakan kepada murid setimpal dengan jenis salah laku yang ditunjukkan oleh murid.
  10. Satu kritikan terhadap penggunaan dendaan dalam mengawal disiplin bilik darjah ialah dendaan
    1.   mengurangkan motivasi murid.
    2.   menjejaskan kewibawaan seseorang guru.
    3.   hanya berkesan untuk murid sekolah rendah sahaja.
    4.   tidak berkesan dalam mengurangkan masalah disiplin.

No comments:

Post a Comment