Monday 31 March 2014

Tentang Papan Tulis

Pengurusan Sumber – Teknologi Pendidikan
Jenis-jenis dan penggunaan papan pengajaran

Pengenalan
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru
untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap
bilik darjah secara kekal atau mudah alih. Terdapat beberapa jenis papan unjuran:

1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. Papan Elektronik

Papan Tulis
Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau telah digunakan
sejak lama dahulu.
ü  Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik darjah.
ü  Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.
ü  Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.

Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi  dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan
dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan
menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadam.
ü  Tidak ada habuk
ü  Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.
ü  Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.

Papan Magnetik
Papan Magnetik di perbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas
permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.
Kelebihan :
ü  Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah
ü  Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan.
ü  Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan
            mudah dan cepat, seperti mengalih visual ketempat baru atau dapat ditindan- tindihkan
            visual-visual itu.

Papan Flip
Papan Flip diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu
dibuat kaki untuk ianya berdiri  sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan
keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.
Kelebihan.
ü  Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.
ü  Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.


Papan Pameran / Papan Kenyataan
Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau
papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja
murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.
Kelebihan
ü  Mudah untuk menyebarkan maklumat
ü  Senang ditampal maklumat
ü  Tidak memakan ruang
ü  Mudah untuk mengantikan maklumat baru.

Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru -guru sekolah rendah. Papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan keatas permukaan papan flannel dengan mudah.
Kelebihan :
ü  Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.
ü  Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta
            melalui kaedah tindan- tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual
            tersebut.
ü  Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan
            seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan
            sebagainya.
ü  Senang disimpan, dibawa atau digunakan.


Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau ndisimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid.
Kelebihan;
ü  Mudah dibuat
ü  Mudah dibawa, digunakan atau disimpan
ü  Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan
            sempurna.
ü  Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik
            darjah.

Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh
diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan bahan lain.
Kelebihan :
ü  Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah
ü  Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.
ü  Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

No comments:

Post a Comment