Thursday 5 March 2015

ASAS FOTOGRAFI

Teknik Penggambaran

    Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda            memetik punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom        atau kelajuan shuttle yang perlahan.

      Jangan menghalang bidikan-bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap         atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa, tingkap flash           atau tingkap sensor. Apabila cahaya suram, gunakan flash.

1.         Jenis-jenis Shot :

ü  CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.

ü  MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.

ü  BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.

ü  ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga.

ü  MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.

ü  TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.

ü  ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku.

ü  LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.

ü  WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek.

ü  Two Shot : Shot yang merakamkan wajah dua orang.


 2.          Sudut Pengambilan Kamera

ü  High Angle (Bird eye view): Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.

ü  Normal Angle: Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.

ü  Low Angle (Frog eye view): Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.



Komposisi

Komposisi adalah cara mengatur/ menyusun bahagian-bahagian dari gambar (misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain) agar gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa digunakan untuk meningkatkan keberkesanan gambar. “Perlihatkan apa yang anda ingin perlihatkan”, merupakan salah satu prinsip yang baik.

Komposisi merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya fotografi. Menurut Charpentier (1993), komposisi adalah cara bagaimana gambar membahagikan sebuah bidang gambar. Penentuan komposisi dilakukan pada saat merakamkan gambar subjek.

Gambar yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Hal ini disebabkan kesesuaian komposisi iaitu:-
ü  Latar belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam gambar itu timbul.

ü  Apabila mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar hendaklah            berada kanan gambar dan begitulah sebaliknya.

ü  Dengan kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan – baik dari kiri ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.

Kamera mestilah sentiasa berada dekat dengan mata apabila hendak mengambil gambar. Tangan kiri hendaklah sentiasa digerakkan bagi memfokus jarak jelas. Tekan pelepas shutter perlahan-lahan sehingga bukaan dan katupan sempurna.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan penggambaran, kita harus sentiasa memerhati, melihat, mencari dan memilih sudut sesuai sebelum memetik kamera. Gambar yang terhasil itu nanti menceritakan kepintaran pemetiknya. Dalam keadaan ini amatlah digalakkan penggambaran menggunakan bantuan tripod stand.


No comments:

Post a Comment