Wednesday 16 November 2011

Aku dan motosikal...

Motosikal
Sejak mula berkhidmat sehingga 1989 motosikal merupakan mod pengangkutanku. Trenda motosikal berubah mengikut masa. Tahun 1986 scrambler merupakan ‘the in thing’, semua anak muda mengagumi mesin ini. Aku rasa ini merupakan pengaruh Latif Ibrahim, hero cerita Dendang Perantau yang menunggang scrambler.
Aku bukanlah terpengaruh sangat dengan Latif Ibrahim dan watak Des Iskandar dalam cerita berkenaan. Keadaan jalan ketika itu memang sesuai untuk scrambler. Jalan tanah merah  dan berbatu, denai becak, sungai-sungai kecil hanya dapat dilalui dengan scrambler. Mesin pertamaku (aku beli dengan meminjam wang daripada ibuku) ialah sebuah Honda. Ia merupakan ‘trail bike’, empat strok, mempunyai tayar dan ‘sproket’ yang besar. Mesin ini sangat sesuai untuk  ‘terrain’ yang sukar. Tidak ada masalah untuk mendaki bukit dan menyeberangi sungai kecil berbatu. Kalau keadaan jalan sangat becak, rantai akan dililit pada tayar untuk memperkukuhkan lagi cengkaman. Ketika itu ‘ujian’ untuk menguji kehebatan scrambler dan kecekapan penunggangnya ialah Bukit Paun’ Binung (sebuah bukit tinggi di antara Tebakang dengan Tebedu). Kalau berjaya mendaki bukit itu maka kita dianggap ‘lulus’.
 
Scrambler kedua yang aku beli ialah sebuah Yamaha Enduro, jenis ‘dirtbike’. Mesin ini tidak sekuat Honda kerana mempunyai ‘sproket’ yang lebih kecil dan enjinnya cuma dua strok. Kelebihannya  dari aspek kelajuan dan rekabentuknya yang lebih bergaya. Ketika itu jalan sudah agak baik (ada jalan sudah ditabur batu kecil ).  Mesin ini agak tinggi dan memerlukan kecekapan untuk mengimbanginya.

Scrambler jenis Sazuki ER menjadi pilihanku seterusnya. Keupayaan mesin ini hampir sama dengan Yamaha Enduro. Ia juga merupakan ‘dirt bike’. Kelebihan mesin ini ialah penjimatan minyak. Aku juga terpikat dengan rekabentuknya, kelihatan gagah.


Setiap motosikal ini mempunyai cerita-ceritanya.  Aku akan menulisnya kemudian…

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Masih ada simpan lagi ke semua moto scram tu. Kalau ada saya berminat nak beli. Terutama Yamaha DT (Enduro), Saya ada sebiji Honda XL185, Tersangat power. rasa teringin sangat nak buat koleksi 4 jenama Scram. Suzuki TS ada banyak lagi cuma Kawasaki je susah sangat nak cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkmslm ..

      Minta maaf tuan , semua motosikal telah saya jual. Adakalanya rasa menyesal tak simpan buat kenang-kenangan.

      Delete